Bertemu dengan KATE
KATE adalah akronim untuk 'Knowledge Augmented by Technology in Education'. Portal E-Pembelajaran ini menggunakan sebahagian daripada teknologi pembelajaran bertaraf dunia untuk memberi pembelajaran berkualiti tinggi serta menyediakan sumber pembelajaran kepada pelajar. KATE direka cipta dengan objektif untuk meningkatkan keberkesanan pengalaman pembelajaran pelajar dengan membantu penguasaan semua mata pelajaran mereka dan untuk meningkatkan prestasi / keputusan mereka.
Portal ini menawarkan:
- Pra-Ujian (Untuk membantu ibu bapa memahami tahap kefahaman anak-anak mereka dalam mata pelajaran mereka pada masa ini)
- Pelajaran Multimedia (Untuk setiap tajuk di dalam Sukatan Pelajaran Kebangsaan)
- E-buku (Untuk setiap mata pelajaran)
- Permainan Pelajaran yang membolehkan mereka berseronok sambil belajar (Permainan-permainan tersebut adalah berhubung-kait dengan tajuk yang sedang dipelajari)
- Laporan Menyeluruh (Membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak mereka)
- Ganjaran untuk Belajar (ganjaran pemberian markah untuk menggalakkan pelajar untuk belajar)
- Dwibahasa (Matematik dan Sains adalah di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)
- Penilaian bulanan dan pada setiap suku tahun (penilaian untuk menguji penguasaan pelajar terhadap pelajaran yang diajar)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EDUKATE, tontonlah video di bawah:
Mengapa Melanggani EDUKATE?
Hari ini, kualiti pembelajaran anak-anak di sekolah kebangsaan bergantung kepada jenis sekolah, betapa baiknya guru-guru mereka ataupun tahap komitmen guru besar dalam memastikan kualiti pendidikan di sekolah mereka. Mengapakah pendidikan anak-anak ditentukan oleh nasib ini? Pendidikan merupakan suatu hak asasi dan setiap orang, kaya atau miskin, di bandar atau desa, harus diberi peluang pendidikan yang berkualiti. EDUKATE berkomited untuk memberi pendidikan berkualiti tinggi kepada semua orang dengan kadar yuran yang berpatutan. Ibu bapa tidak perlu lagi khuatir sama ada anak-anak mereka berada dalam sekolah yang baik ataupun risau mengenai komitmen guru-guru sekolah. Sekarang, ibu bapa boleh memberi peluang pendidikan bertaraf dunia kepada anak-anak mereka dan anak-anak mereka juga akan seronok belajar.
Siapa Kami
EDUKATE adalah satu kerjasama di antara beberapa syarikat e-pembelajaran yang telah mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman e-pembelajaran. Kami fokus untuk mencari cara-cara menggunakan teknologi secara kreatif untuk menyempurnakan lagi pengalaman pembelajaran pelajar.
Kami adalah perintis e-pembelajaran di Malaysia dan kami diberi kepercayaan untuk menjalankan ujian dalam talian di seluruh negara dan ini diterima baik oleh ibu bapa di seluruh negara.
Teknologi e-pembelajaran kami telah digunakan di seluruh dunia oleh lebih daripada 25 juta pengguna dan digunakan oleh institusi-institusi terkemuka seperti Harvard, Cambridge, Oxford, pearson Publishing, British Council dan ramai lagi.