EDUKATE adalah portal E-Pembelajaran yang dicipta khusus untuk pelajar Malaysia yang belajar kurikulum kebangsaan Malaysia. Portal ini menawarkan sebahagian besar daripada teknologi pendidikan bertaraf dunia yang sedia ada melalui satu platform. EDUKATE dicipta khusus untuk meningkatkan keputusan akademik pelajar melalui penggunaan efektif teknologi ini.
Objektif kami adalah untuk menawarkan pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar-pelajar Malaysia dengan kadar yuran yang berpatutan.
EDUKATE kini menawarkan tutorial dalam Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk semua sekolah rendah (darjah 1-6). Pelajar boleh belajar melalui pelajaran multimedia, e-buku, permainan pendidikan dan banyak lagi. Mereka juga boleh menilai kemajuan mereka melalui ujian dan penilaian kami yang disampaikan secara berkala. Tambahan pula, ibu bapa boleh memantau kemajuan anak-anak mereka melalui laporan komprehensif kami.
Kami menyediakan pelajaran multimedia untuk setiap topik yang ada di dalam sukatan pelajaran kebangsaan. Pelajar boleh memilih pelajaran yang mereka ingin belajar (pada bila-bila masa) dan boleh mengulangkaji pelajaran mereka sebanyak mana yang mereka mahu. Pelajaran-pelajaran ini adalah tepat secara pedagogi dan berstruktur dalam membimbing pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang sistematik. Penyampaian pelajaran adalah melalui animasi, audio dan video yang bersifat interaktif.
Setiap pelajar dapat memasuki satu E-buku peribadi untuk setiap mata pelajaran. Sekarang, pelajar-pelajar EDUKATE akan memiliki teknologi ini di mana mereka bukan hanya boleh membaca, mereka juga boleh mencatat nota, mencipta pautan, berkongsi maklumat, mengambil kuiz dan banyak lagi melalui E-buku ini. Buku-buku ini juga akan menyediakan kandungan berasaskan realiti maya dalam masa terdekat untuk pengalaman pembelajaran yang sangat mendalam bagi para pelajar.
Ujian dan Penilaian (U&P) kami adalah yang paling terkini/maju di dunia. Soalan-soalan dicipta khusus untuk menilai bahagian-bahagian pembelajaran spesifik (menggunakan Bloom Taxonomy - Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian).
Penilaian merupakan alat utama bagi mengukur kefahaman pelajar dalam apa yang dipelajari. Berdasarkan keputusan-keputusan ini, ibu bapa dan guru boleh membantu menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian yang memerlukan pengukuhan dalam pembelajaran yang akan datang.
Setiap pelajar akan memiliki satu kad laporan peribadi yang mencatatkan markah ujian dan jumlah masa yang mereka guna untuk belajar setiap subjek, topik dan lain-lain. Satu laporan perkembangan pelajar akan dihantar kepada ibu bapa melalui emel supaya mereka boleh mempunyai satu gambaran keseluruhan prestasi anak mereka. Ini juga akan membolehkan ibu bapa untuk mengikuti perkembangan akademik pelajar-pelajar.
Kanak-kanak adalah pelajar yang paling semula jadi. Di EDUKATE, kami percaya dalam menjadikan pembelajaran menyeronokkan bagi pelajar- pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membantu mereka untuk mahu belajar dan memahami setiap pelajaran dengan lebih baik. Inilah sebabnya dalam portal ini,bagi setiap mata pelajaran, kami menyediakan satu permainan yang berhubung dengan mata pelajaran yang sedang dipelajari. Ia membantu pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkualiti.
Kami di EDUKATE percaya dalam pemberian insentif kepada pelajar supaya mereka mempertingkatkan lagi prestasi mereka. Inilah sebabnya EdUKATE telah mereka satu sistem permakahan yang memberi ganjaran untuk menyelesaikan pembelajaran, membaca e-buku mereka, mengambil ujian serta juga berkongsi pelajaran tersebut dengan rakan-rakan mereka.